Monday 10 October 2016

MISTERI HARTA SULTAN MELAKA



UNTUK SIAPAKAH HARTA RAMPASAN SULTAN MELAKA


Berapa nilai harta kekayaan Kesultanan Melaka yang terakhir? Di mana harta karun itu?

Ramai ahli sejarah Portugis kata tidak banyak dapat diambil, banyak harta kekayaan itu 'hilang' dalam ertikata lain dibawa lari oleh Sultan dan pembesar-pembesar serta dibantu oleh rakyat.

Di mana harta karun itu? Di Melaka, di Pulau Nangka, Di Johor, Di Pahang, Di Gunung Tahan, Di Riau?

Selepas lebih 500 tahun harta kekayaan itu mahu ditimbulkan...

Untuk siapa harta karun Kesultanan Melaka mahu diserahkan?

Kerajaan Melaka moden, Kerajaan Johor, Kerajaan Pahang, Kerajaan Perak, Kerajaan Sumatera Indonesia?


Dari Eredia, Royal Portuguese cosmographer dan Gohindo Da Eveda orang kanan Alfonso d' Albuquerque...

Kapal Flor De La Mar belayar dari Melaka mahu balik menuju ke Portugal pada November 1511 membawa harta rampasan perang Kesultanan Melaka yang sempat dijarah telah karam di Selat Melaka Utara Sumatera pada malam hari ribut...


Kedudukan log route kapal Flor De La Mar yang karam.

Apa harta karun Sultan Melaka yang dibawa?

1. Perempuan-perempuan Melaka penenun kain 
2. Anak-anak Gadis Bangsawan Melaka
3. Tiang-tiang Seri Istana yang dihias dan di lepa dengan Emas dan Perak 
4. Tandu Gajah Sultan Melaka yang disepuh emas 
5. 60 Tan Emas barang kemas dari Gunung Ledang
6. Meja Besar Berkaki emas 
7. Gelang Sakti Nakhoda Bego 
8. 6 Singa Tembaga Besar Pemberian Maharaja Cina 
9. Baju perisai perang berkain baldu, senjata, dan topi besi berhias indah 
10. Peta dan Plan Blue Print Jambatan Emas dan Perak ke Gunung Ledang
11. Surat Rahsia dari Puteri Gunung Ledang
12. Sebuah Chariot "Limousin" 30 Roda yang diperbuat Dari Emas 
13. Emas dari Jambatan yang dileburkan
14. 6 Batu Mistik

Nilai harta-harta rampasan ini sekarang ini bernilai USD3 bilion.

Semua harta-harta ini karam bersama kapal Flor De La Mar tenggelam ke dasar laut Selat Melaka, akibat Ribut yang berlaku secara tiba-tiba....

Selain Harta yang dirampas...terdapat suku lagi harta yang tersimpan Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud Menurut Sejarah Portugis, bagaimanapun ia dijaga oleh entiti yang sukar dirungkai oleh Tentera2 Portugis...

Ia mungkin merupakan sebahagian daripada kekayaan yang disimpan dalam bilik-bilik bawah tanah dari struktur batuan keras oleh sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mahmud bernilai USD berbilion-bilion lagi.

Sultan Mahmud dikatakan membawa sebahagian besar jongkong emas daripada diambil Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511, dan selama berabad-abad, menerusi kisah yang dirahsiakan.

Buku-buku sejarah mengatakan Sultan Mahmud cuba menawan semula Melaka tetapi tidak berjaya beberapa kali, mungkin kerana kekayaan yang masih ditinggalkan Baginda.

Menurut pakar sejarah Portugis pada abad ke-16, Fernao Lopes de Castanheda berhubung penaklukan tersebut, tentera yang menawan bandar itu tidak dapat mencari kekayaan Sultan itu.

Apa yang mereka cari selain emas ialah Lokasi Bilik Emas atau lebih tempat Sumber Emas itu sendiri yang tersimpan rahsia jauh di Selatan Melaka iaitu Gunung Ledang...namun usaha itu gagal hingga sekarang

Beliau menulis: “Mereka begitu marah bahawa Raja (Sultan) telah membawa segala khazanah, dan menuntut bela dengan membakar kediaman Raja (istana Sultan).

“Gabenor (Alfonso d’ Albuquerque) memohon maaf di atas perbuatan yang melampaui batas itu, terutama apabila beliau mengetahui khazanah yang terkandung di istana tersebut.

Beliau yang memberi perintah untuk memadamkan api tetapi sudah terlambat kerana istana itu sudah hangus terbakar.”

Untuk siapa harta karun Kesultanan Melaka mahu diserahkan?

Bolehkan harta peninggalan Kesultanan Melaka ini dapat dirungkai dan diserahkan...?

12 comments:

  1. menarik...mohon sambung lagi...

    ReplyDelete
  2. Mengikut fihrasat hamba......
    Keris Taming Sari adalah permulaan punca segala-galanya.
    Dengan tipu helah Hang Tuah, Keris Taming Sari dapat dirampas daripada pemiliknya. Tapi Hang Tuah tidak sedar bahawa ada sumpahan (sihir) pada atau melalui keris yang sengaja diperkenankan oleh Sri Betara Maharaja Raden Majapahit agar diserahkan kepada Hang Tuah. Bermula daripada peristiwa situ, malapetaka pun berlaku timpa-menimpa di Melaka dimulai dengan Hang Tuah sendiri difitnah dan diperintah bunuh oleh Sultan yang sangat dikasihi dan ditaati oleh Hang Tuah. Tetapi Bendahara telah menyelamatkannya dengan menyembunyikan maklumat bahawa Hang Tuah sudah dihukum bunuh dengan Keris Taming Sari diserahkan kepada Sultan sebagai buktinya, pada halnya Hang Tuah tidak dibunuh. Hang Jebat sangat marah lalu bangun memberontak dan menderhaka kepada Sultan untuk menuntut bela atas "kematian' Hang Tuah. Apabila keadaan menjadi gawat, Bendahara membawa pulang semula Hang Tuah daripada tempat persembunyainnya. Akhirnya Hang Tuah yang membunuh sahabat karibnya (Hang Jebat). Beberapa lama kemudian, Bendahara pula difitnah oleh seorang keturunan India yang hasad dengki dan yang selama ini telah banyak membuat rancangan jahat untuk memporak perandakan Kerajaan Melaka. Akhirnya Bendahara dibunuh atas titah Sultan. Tun Teja anak Bendahara dijadikan Permaisuri Sultan. Kerajaan Kesultanan Melaka akhirnya mengalami keadaan kucar kacir, tidak pernah aman, merudum dan akhirnya hancur ditawan Belanda. Begitulah suratan takdir Ilahi yang kita nampak tersurat dan kita tidak ketahui pula banyaknya yang tersirat. Wallahu A'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal keris tu memang betul....2017 zaman moden...tapi kamu nampakkan dimana tamingsari...tak pernah bersarung..selama2nya ...

      Delete
  3. mengikut artikel yg sama baca di tulis oleh prof Abdul Muati,portugis juga telah merampas 8000 laras senapang...

    ReplyDelete
  4. Harta2 ni banyak berada di Segamat....

    ReplyDelete
  5. melaka sebuah tamadun islam yg cukup maju pada asalnya namum dsbb pekara yg sama runtuhnya tamadun islam yg lain melaka tidak dapat lari dari masalah yg sama...suka atau tidak kita terpaksa terima hakikat sifat tamak haloba gila kuasa dan fitnah adalah punca utama kejathun melaka..sejak dr zaman melaka rumpun melayu agak suka untuk berbalah sesama sendiri dan menyebabkan perpecahan sesama sendiri..runthnya kerajaan melaka bkan sebab portugis tp adalah sikap pemimpin dan golongan bangsawan yg mementingkan diri sdr...sekian...

    ReplyDelete
  6. semua jenis kapal² jong, harta² kesultanan melaka dah di ghaibkan.. tunggu akhir zaman akan di zahirkan..

    ReplyDelete
  7. Harta2 sultan melaka cari pon bukan hak kite mane leh amik... ade depan mate pon belum tentu boleh di sentuh.. tengok boleh la sekadar pendapat...

    ReplyDelete