Wednesday, 7 January 2015

MISTERI LOKASI ADAM " MENDARAT "

LOKASI MISTERI PENDARATAN NABI ADAM

Berbagai versi menyebutkan lokasi di tempat mana di planet bumi ini Nabi Adam turun mendarat dari Langit "Syurga. Bermacam ahli fikir dan tokoh agama memberi pendapat berbeza. Mengikut sumber- sumber,bahkan dari Kitab suci Al qur’an sendiri dilihat sengaja memberikan keterangan yang sedikit untuk membiar manusia yang berakal mencari sendiri dengan kekuatan mereka.Ada yang mengatakan Nenek moyang kita itu Diturunkan di Srilanka,di bukit Syafa dan Marwa, ada juga yang percaya beliau diturunkan di Belanda,Skandinavia,dan juga di India dan masih banyak pendapat berbeza lainnya. Saya disini juga akan mengkaitkan dari apa telah  saya pelajari tentang keberadaan turunnya nabi Adam,semoga artikel saya boleh bermanfaat dan menjadi bahan pertimbangan buat pembaca untuk sama-sama berkongsi ilmu.
Memang banyak yang meyakini bahawa Nabi Adam pertama kali menjejak bumi ditanah Srilanka. Apalagi disana terdapat bekas jejak tapak kaki besar yang berada di gunung Sri Pada. Yang dinamakan Adam Peak (Puncak Adam)  yang dipercayai sebagai tapak kaki nabi Adam. TheAdamPeak ini terletak kira-kira 7359 kaki diatas permukaan laut. Ketika umat islam dan Kristian yang mempercayai tapak kaki itu milik Adam A.S. Budha Dan Hindu pula percaya the Adam peak memiliki kesan sebagai tapak kaki Buddha dan Dewa Ramayana (Hindu).

Gunung Sri Pada atau Adam Peak's
Namun ramai yang masih kurang yakin dengan fakta ini kerana sememangnya sudah diketahui bahawa Adam itu adalah manusia yang mempunyai fizikal gergasi jika dibandingkan denga manusia pada mana-mana zaman.Bahkan sudah tertulis didalam hadis Al Quran mengenai gambaran dan saiz fizikal Nabi Adam. Tapi yang masih menimbulkan tanya tentang artikel- artikel lagi bahawa Adam Diturunkan di India atau Sri Lanka. Bukannya  menentang pendapat bila Adam Peak di Srilanka bukanlah jejak Adam,tapi secara kebetulan tulisan kitab purba Hindu ada menyatakan tentang Dewa Ramayana yang mempunyai garis waktu selari dengan usia tapak kaki di Adam Peak' sedangkan Ramayana dan Nabi Adam adalah individu yang sangat berbeza.
Dalam kisah Ramayana dikisahkan bahawa Raja Rama bersama pasukan perang akan bertolak dari Ayodhya(India kuno) menuju negeri Alengka untuk menyelamatkan Devi Sitha yang diculik Raja Ravana.Kepada yang mengkaji kisah sejarah Hinduisme, Raja Ravana atau Rahwana(Jawa) itu bertubuh raksasa yang menguasai kerajaan Alengkadiraja. Dan negeri Alengka itu adalah Srilanka yang ada sekarang. Sementara jika Ayodhya adalah sebahagian di India sekarang, bererti India dan Srilanka dipisahkan lautan.,jadi bagaimana pasukan Rama pergi menyerbu Raja Ravana pemerintah Negeri Alengka yang ketika itu belum ada teknologi perkapalan. (KAPAL PERTAMA DALAM SEJARAH MANUSIA ADALAH BAHTERA NUH). Diceritakan juga bahawa dalam keberangkatan Raja Rama bertempur,Sang Rama memerintahkan satu pasukan batalion manusia separa kera (Hybrid) yang sudah pupus kini,untuk membina jembatan menyeberangi laut yang menghubungkan antara Ayodhya dan Alengka sebagai jalan pasukan Rama untuk memudahkan perjalanan pasukannya menyerbu Alengka. Jambatan dinamakan Situbandha. Jika benar Ayodhya di india dan Alengka itu srilanka. Maka hal mmengejutkan akan terjadi. Ternyata jambatan itu memang ada,jambatan yang memang dibina menghubungkan india-srilanka itu bukanlah terjadi oleh alam tapi sememangnya dibina oleh tenaga manusia. Bahkan ada yang nenyatakan kalau jembatan itu berusia lebih dari sejuta tahun! Itulah yang dinamakan Rama Bridge atau Adam bridge. Namun sudah tenggelam didasar laut tetapi masih dapat dilihat dari Angkasa..
Adam Bridge atau Rama Bridge dari Angkasa
Sekarang mari kita hubungkan antara Adam Peak dan kisah Raja Ravana manusia raksasa dari Alengka). Menurut pendapat saya bahawa sangkaan tapak kaki gergasi di Srilanka itu bukanlah tapak Nabi Adam.tapi sebenarnya tapak manusia Raksasa seperti Raja Ravana. Jadi dimanakah Adam diturunkan? Di Saat ini ramai yang cenderung berpendapat bahawa Adam diturunkan di INDIA,sedangkan pasangannya Hawa terpisah diturunkan di JEDDAH. Apa yang menarik adalah saat saya membaca sumber dari beberapa kajian arkeologi. Dikatakan bahawa turunnya Nabi Adam adalah di India,di daerah Serendib. Ada juga sumber mungkin dari kitab-kitab lama mengatakan, bahawa sebelum mereka mendarat ke bumi. Tidak ada emas diatas bumi setelah Adam dan Hawa turun. Tuhan mulai perintahkan 'bumi" untuk memproses pembuatan emas,sebagai peralatan dan mahar pernikahan anak cucu mereka. Lalu Adam mencari di tanah yang subur untuk pendaratan dimana terdapat banyak terdapat gunung berapi dan terdiri dari dua musim,.

Gambar Hiasan
Jadi sekiranya jika memang Adam itu berada di India,dimanakah wilayah Serendib yang disebutkan di atas tadi. Adakah ianya kota India kuno yang sekarang telah diubah namanya.atau daerah Serendib sengaja disamarkan kedudukann sebenarnya atas fakto-faktor tertentu..Untuk pengetahuan di India yang sekarang sememangnya tidak ada negeri atau daerah yang bernama Serendib.
Pernahkah anda mendengar tentang Atlantis? Iaitu kisah yang ditulis oleh filsuf yunani kuno plato. Mitos Atlantis ialah cerita penuh fantasi dimana  Manusia sudah Mencapai puncak peradabannya disana sebelum banjir besar meluluh lantahkan negeri hebat itu. Mitos atlantis dari masa kuno itu secara ironis mulai dicari kebenarannya. Banyak para peneliti yakin,kalau dahulu benua atlantis memang ada. Puncak dari keyakinan orang itu adalah,saat ahli nuklir berkebangsaan Brazil,prof.Arysio santos menyatakan sudah puluhan tahun mencari atlantis dan menemukannya sesuai dengan kriteria yang diungkap Plato mengenai atlantis. Bahawasanya Benua Atlantis yang hilang itu bukan berada di sekitaran eropah atau amerika,seperti kata peneliti peneliti sebelumnya. Tapi Benua Atlantis berada di Asia! Tepatnya disepanjang antara India-indonesia! Indonesia dan India diyakini dulu daratannya bersatu sebelum bencana memisahnya. Makanya Indonesia juga dikatakan sebagai india kuno,bahkan sampai saat ini. Ketika Masih dalam penjajahan Belanda pun, Negeri ini pernah dinamakan Hindia belanda,sebelum akhirnya berganti menjadi Indonesia sampai sekarang. Malah ada yang percaya bahawa kata INDONESIA berasal dari kata INDIAN-EAST-ASIA atau bangsa india asia timur!

Jadi kalau wilayah Serendib tempat Nabi Adam turun tak ditemukan di India yang sekarang. Maka marilah kita cari di Tanah kuno ditimur iaitu Indonesia atau lebih tepat SUNDALAND.Tunggu dulu,, Di Indonesia juga tiada Daerah bernama Serendib Memang tak ada,lalu apa yang kita cari disini? Sekarang sudah tak ada ,tapi belum tentu dulu juga tak pernah ada. Sebenarnya Serendib bukan evolusi dari kata Ceylon atau Sri lanka. Tapi Serendib Lebih condong ke kata Swarnadwipa,iaitu pulau Sumatera zaman kuno. Evolusi sebutan tempat boleh terjadi,kerana beza suku atau bangsa manusia ketika bertanya, maka  kadang-kadang beza telinga mendengar dan lidah menangkap dan menyampaikannya,biarpun tujuannya sama. Seperti kata ”Ereb”/matahari tenggelam lalu berubah menjadi ”Eropa”. Perhatikan antara Serendib dan Swarnadwipa, maka rasanya kita memang boleh menyamakannya.
Swarnadwipa/Sumatera/Pulau emas,barangkali oleh lidah orang arab lebih akrab dinamakan Serendib. Jadi di Sumatera kah Nenek Moyang manusia turun pertama kali?
Swarnadwipa/Serendib itu berasal dari bahasa sanskerta: Swarnadwipa yang bererti pulau emas. Dulunya sumatra,kalimantan,semenanjung tanah melayu dan jawa adalah bersatu dikenali Pentas Sunda. Memiliki tanah subur kerana gunung berapinya banyak,dan itulah yang membuat subur. Pentas Sunda terletak di garis ekuator yang membuat suhu hangat,kerana matahari bersinar sepanjang tahun dan jadikan Pentas Sunda memiliki dua musim. Barangkali disinilah jawaban misteri tempat Nabi Adam itu. Sebuah negeri yang Diberkati Tuhan dengan segala kekayaannya. Jika nabi Adam turun di India,kenapa majortiti penduduknya hindu? dan Jika nabi Adam ada di Srilanka,kenapa majoriti penduduknya budha? Nabi Adam mencari Hawa lalu menemukannya di Jeddah (jiddah, yang juga mengandungi erti: bermaksud nenek) mereka Dikurniai keturunan yang banyak, dan disuatu Ketika aku percaya Nabi Adam mengajak ,Hawa, dan anak-anaknya kembali ke tempat Nabi Adam turun pertama kali. di sana Anak anak Mereka Di ajari Ilmu Tauhid,iaitu mengajak manusia hanya menyembah Pada Tuhan Yang Esa, yakni Allah S.W.T, dari sinilah Islam pun berkembang pesat ,dan menjadikan Pentas Sunda bukan hanya Diberkati Allah dengan Kekayaan Alam yang tanpa Bandingnya ,tapi Allah juga Memberkati Indonesia & Tanah Melayu Semenanjung sebagai negeri dengan penduduk Muslim terbanyak di Semesta Raya.

Berbalik kepada kisah Adam.sememangnya diketahui bahawasanya beliau adalah Manusia pertama di bumi, dan BERASAL DARI LANGIT. Ini bermakna Adam datang bersama "Kenderaan atau Bahtera" untuk mendarat disini. Mana mungkin manusia merentas 7 petala Galaksi dengan sekujur tubuh. Dan sekiranya Adam datang bersama Bahtera, DIMANA IA TERSADAI ????

Dan dimana pula Bahtera HAWA ??

Gambar Sekadar Hiasan
Demikian artikel dari saya. Sudah sepatutnya kita sebagai manusia yang saling menghargai saudaranya dan harap memaafkan jika saya membuat kesalahan. Manusia memanglah tak pernah sempurna. Dan Semoga Allah S.W.T Ampuni kekeliruan kita,semoga pula artikel ini bermanfaat. Amiin.
Sumber Kredit
(hendri-mustofa/http://atlantis7.jw.lt)