Wednesday 5 October 2016

Haikal Sulaiman


MISTERI HAIKAL SULAIMAN



Haikal Sulaiman yang didakwa orang-orang Yahudi merupakan salah satu Kompleks besar sebahagian dari  Istana Utopia serba Canggih  mendahului Zaman milik Raja Sulaiman dikatakan terpendam dan tertimbun disekitar kawasan Masjid al-Aqsa sekarang 

Haikal Sulaiman ialah tempat ibadah yang dibina oleh Nabi Sulaiman AS termasuk tempat penyembelihan korban. Didalam Haikal ini terdapat Objek2 Suci dan Tabut yang didirikan diatas kota Ursyalim di atas Bukit Muria,  yang mana Nabi Daud as mendirikan tempat baginda beribadah sebelumnya.
Sesungguhnya Bani Israel hidup berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain akibat Peperangan dan mereka tidak memiliki wilayah yang tetap, sehinggalah sampai era Nabi Daud as.
Oleh kerana itu, mereka tidak memiliki rumah ibadah untuk melaksanakan ibadah kepada Tuhan. Mereka mengusung Tabut yang mengandungi Perintah Allah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ketika Nabi Sulaiman as memerintah Bani Israel, baginda berjaya meredakan peperangan. Zaman baginda dapat dipandang sebagai masa keemasan Bani Israel; harta berlimpah, keadaan aman, pemerintahan kerajaan mantap. Dengan situasi yang kondusif seperti itu, Nabi Sulaiman pun dapat mendirikan Haikal iaitu tempat Ibadah Khas buat Bani Israel untuk beribadah dengan Sempurna...
Malah Haikal itu dibina dengan serba Cantik dan digambarkan dengan sangat indah tiada yang sepertinya di kawasan lain didunia...
Dikatakan Haikal itu dibina dengan Ilmu dari Kaum Djinn Ifrit yang sangat terkenal dengan kehalusan Arkitektur nya....
 
Tabut adalah peti yang dibuat untuk Bani Israel, di dalamnya terdapat tongkat Nabi Harun AS, dua kepingan batu yang bertuliskan ayat-ayat Taurat tentang Rahsia Alam yang turut melibatkan Alam Syurga dan Neraka serta penghuni asalnya...serta, naskhah kitab Taurat yang diyakini ditulis tangan oleh Nabi Musa as, dan sebuah bekas makanan yang di dalamnya ada 'Al-Mann', iaitu makanan dan minuman yang sama sekali tidak melibatkan campur tangan manusia.
Al-Mann ialah sejenis manisan yang dihasilkan oleh pepohon yang mendapat siraman hujan sehingga terbentuk seperti sarang burung, ­lebih kurang seperti sarang burung layang-­layang.
Sebahagian ulama tafsir mengatakan bahawa al-Mann itu adalah sarang sejenis. Sedangkan 'salwa' adalah sejenis burung yang gemuk penuh daging.
Allah berfirman dalam al-Quran,
“Dan Kami menaungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan untuk kamu mann dan salwa” (al-Baqarah 2: 57)
Mann dan salwa diturunkan Allah kepada Bani Israel.
Nabi Sulaiman as memulakan pembinaan Haikal pada tahun ke-4 pemerintahan baginda dengan 180,000 pekerja terdiri dari Manusia dan Djin dimana Batu-batuannya didatangkan dari Yaman serta Utara Afrika dan kayu dari Lebanon serta Turki.
Tiang-tiangnya berlapis emas, sementara dindingnya dihiasi dengan batu permata dan marmar.Manakala Lantainya dapat dilihat Air Jernih Mengalir Pembinaan Haikal makan masa selama lapan tahun.
Haikal Sulaiman mengalami tiga kali penghancuran dan perunahan, yang semuanya terjadi Sebelum Masehi. Penghancuran pertama dilakukan oleh Raja Nebukadnezar ketika berjaya menguasai Jerusalem.
Setelah Raja Heredos membinanya kembali untuk menarik simpati orang-orang Yahudi, Haikal Sulaiman kembali dihancurkan oleh Raja Anthiokhos yang menyerang Jerusalem. Ke­mudian Herodos kembali merebut kekuasaan dengan bantuan orang-­orang Rom, dia pun kembali membina Haikal untuk kali ketiga.


Tetapi tidak lama kemudian, kekuasaannya berakhir di tangan panglima perang Rom, Adrianus yang juga menghancurkan Jerusalem dan membersihkannya dari orang­-orang Yahudi dengan melakukan pembunuhan dan pengusiran. Demikian kehancuran bangunan Haikal Sulaiman ini.
Setelah agama Nasrani (Kristian) tersebar di Palestin, orang-orang Nasrani pun menghancurkan terus Haikal Sulaiman semasa pemerintahan Roman Konstantin, untuk menghapuskan Pengaruh dan Ajaran Ibadat tinggalan Nabi Daud dan Sulaiaman sehingga tidak berbekas sama sekali untuk menyebarkan dakwah baru mereka (kecuali bahagian pagar yang sebahagian besarnya) yang merupakan dinding tambatan Buraq atau disebut oleh orang Yahudi hari ini sebagai Tembok Ratapan yang sukar dirobohkan atas sebab yang tidak dapat dijelaskan....
Bahagian-bahagian yang hilang tidak berbekas itu masih dicari-cari oleh orang Yahudi. Motivasi mereka untuk menemui kembali tapak Haikal ialah menghancurkan Masjid al-Aqsa yang dikatakan milik Umat Islam (Sedangkan Al-Aqsa adalah sebahagian dari Kompleks Haikal dan Ini bermakna Nabi Sulaiman dan Ayahnya terus dari leluhur Nabi terdahulu beribadah cara Islam) dan membina kembali Haikal Sulaiman.Namun begitu, atas sebab2 misteri, kaum Yahudi Israel masih gagal merobohkan Al-Aqsa walaupun ia dibawah Wilayah yang dikuasai mereka...
Rekabentuk Yang DIkatakan Haikal Sulaiaman

Sesungguhnya tidak seorang pun yang menyangkal bahawa Nabi Sulaiman as telah membina tempat suci untuk beribadah kepada Allah; tidak dinafikan bahawa bangunan tersebut pun menjadi salah satu rumah Allah. Oleh kerana itu, Allah menyebutnya dalam al-Quran sebagai al-Masjid al-Aqsa sebagaimana yang terdapat di awal surah al-Isra.

Orang-orang Yahudi pada hari ini berusaha keras untuk membuktikan bahawa Haikal Sulaiman sebagaimana yang dibina oleh Nabi Sulaiman berada tepat dan terkubur pada lokasi Masjid al-Aqsa hari ini dengan luas yang sama.
Gambaran Haikal Sulaiman didalam Kitab2 lama di Turki 
Gambar rekaan bangunan Haikal Sulaiman seperti yang disiarkan oleh orang-orang Yahudi kepada dunia sebenarnya tidak memiliki sumber yang jelas. Selain itu, reka bentuk dan perhiasan bangunan yang ditampilkan menjadi pertanyaan di kalangan arkeologi; kerana jelas-jelas bercorak Rom, jauh berbeza dengan bentuk bangunan yang dikenali pada zaman Nabi Sulaiman.
Dari sisi lain, perkataan Haikal berasal dari bahasa Sumeria 'aikal', kemudian di'arab'kan menjadi Haikal yang bermaksud bangunan besar. Kemudian lebih umum digunakan sebagai bangunan besar untuk beribadah. Kerana itu, rumah ibadah yang dibina oleh Nabi Sulaiman disebut 'Aikal'.
Kita umat Islam beriman bahawa Nabi Sulaiman bin Daud as yang mendirikan Masjid al-Aqsa. Orang Yahudi menyebutnya 'Haikal', dan kita menyebutnya 'Masjid'.
Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Amru bin al-‘Ash bahawa Rasulullah saw ­bersabda,
“Tatkala Sulaiman bin Daud selesai membina Baitul-Maqdis, dia berdoa kepada Allah meminta tiga perkara: Hukum yang sesuai dengan hukum-­Nya; kekuasaan yang tidak dimiliki oleh seorang pun setelah dia; dan tidak seorang pun yang mendatangi masjid ini semata-mata untuk solat, melainkan dihapuskan dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya. Rasulullah berkata, ‘Adapun yang dua, sesungguhnya Allah telah mengabulkannya, aku berharap baginda juga diberi yang ketiga'.”
Masjid al-Aqsa yang ada sekarang dibina di atas runtuhan Masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman as, yang disebut Haikal oleh orang Yahudi. Tetapi sumber-sumber Yahudi sendiri saling bertentangan dalam menjelaskan keluasan dan spesifikasi atau perincian Haikal.
Dalam kitab Hezkel (42 : 15, 19) dijelaskan bahawa panjang setiap pagar luar ialah 500 qasbah sehingga luas keseluruhannya ialah 2.5 km persegi. Padahal pada ketika itu, luas Masjid al-Aqsa tidak lebih dari satu kilometer persegi. Inilah diantara bukti ketidakbenaran tuduhan orang‑orang Yahudi.
Pertentangan serupa juga terdapat antara perjanjian lama dan sumber-sumber Yahudi; keterangan yang terdapat dalam Safar Raja-Raja Pertama (6:3) berbeza dengan yang disebutkan dalam Berita Hari-Hari Kedua (3:3).
Selain membuktikan penipuan dakwaan Haikal Sulaiman versi Yahudi, pertentangan itu juga membuktikan bahawa kitab-kitab tersebut bukanlah kitab suci yang murni dari Allah; mustahil percanggahan seperti ini dilakukan oleh Allah SWT.
Sesungguhnya dalih orang-orang Yahudi dalam melakukan penggalian di bawah masjid al-Aqsa dalam rangka mencari dan meneliti tapak peninggalan Nabi Sulaiman adalah penipuan belaka, kerana Masjid al-Aqsa berada di daratan tinggi yang terdiri atas batu-batuan, bukan tanah atau padang pasir. Dengan demikian mustahil dibawahnya tertimbun tapak peninggalan Nabi Sulaiman.
Gambar Haikal yang disiarkan oleh Yahudi sendiri pun menggambarkan posisinya berada di dataran tinggi dikelilingi oleh pagar pada keempat sisinya seperti Masjid yang ada sekarang. Oleh kerana itu, dapat disimpulkan bahawa tujuan sebenarnya dari penggalian yang mereka lakukan di bawah Masjid al-Aqsa adalah untuk membuatkan tanah tapak Masjid menjadi tidak stabil supaya runtuh.
Jika Masjid telah runtuh, maka Masjid tersebut akan tinggal puing-puing dan sisa-sisanya, sehingga status kita umat Islam sama dengan mereka, sama-sama tidak memiliki bangunan dan hanya tinggal tapak bersejarah. Kemudian masing-masing, baik kaum Muslim mahupun Yahudi sama-sama mengajukan hak untuk membina kembali tempat suci di sana.
Selain itu, penggalian ini juga dalam rangka usaha menemukan kembali tulang-belulang Yasu’ dan harta peninggalan Nabi Sulaiman yang mereka yakini terpendam di sekitar lokasi ini.
Patut diketahui bahawa Quds, berdasarkan piagam antarabangsa tidak dianggap sebagai kota Arab mahupun Yahudi, tetapi di bawah kuasa 'Amnesty International' (AI), kerana kewujudannya sebagai warisan peradaban dunia.
Berdasarkan resolusi tahun 1947, yang bermaksud bahawa masyarakat antarabangsalah yang berhak menentukan bangunan apa yang harus dibina kembali jika Masjid al-Aqsa betul-betul runtuh. Jika itu terjadi, kita dapat menjangka ke arah mana pilihan “masyarakat antarabangsa” tersebut di arahkan.
Oleh sebab itu, umat Islam harus berwaspada dengan tipu daya Yahudi, wajib kita menyatukan suara menghalang tindak-tanduk orang-orang Yahudi yang membabi buta terhadap tanah dan Masjid yang diberkahi Allah. Sesungguhnya perkara ini merupakan amanah di bahu kita.
Apabila kita tidak lagi menjumpai Masjid al-Aqsa di tempatnya, lalu kita pun menyesal, tetapi penyesalan di waktu itu tidak lagi berguna....
Wallahua'lam...

Puteri Buluh Betong


SIAPAKAH PUTERI BULUH BETONG



Kisah Purba Puteri Misteri yang dikatakan Kembar kepada Long Betong aka Anak Buuh Betong ( Raja Sakti ) tetapi ditemui jauh antara satu sama lain iaitu Negeri Samalinga (Kini Acheh)


Kisahnya bermula pada suatu hari Raja Muhammad pergi dengan sekalian rakyatnya menebas rimba. Di tengah rimba itu terdapat serumpun betung yang amat tebal. Maka rakyat pun menebas betung itu, tetapi bila ditebas betung itu tumbuh semula. Rakyat cuba tebas lagi betung itu tetapi masih keadaan masih sama. Apabila Raja Muhammad melihat kejadian itu, baginda sendiri cuba menebas betung itu sendiri, maka habis semua betung berjaya ditebas sehinggalah tiba ditengah betung.


Baginda terlihat sebatang betung Aneh  yang ditengah seperti ada rebung berbentuk telur dan didalamnya kelihatan susuk seakan-akan badan manusia. Maka baginda memarang rebung itu dan keluarlah seorang bayi perempuan yang terlalu cantik paras rupa dan badannya. Didukungnyabayi itu keluar dari "rebung betung" tadi lalu dibawa balik ke istana baginda. Melihat baginda raja mendukung Bayi perempuan, isterinya gembira bertanya pada baginda dapat bayi ini dari mana dan siapa ibubapanya.


Baginda pun menjelaskan pada isterinya bahawa dia menjumpai bayi ini ketika menebas betung di rimba bersama sekalian rakyat. Bayi 
 ini baginda jumpa di dalam rebung betung itu jelas baginda. Oleh kerana bayi ini berasal dari betung maka baginda pun menamainya Puteri Betung. Baginda dan isterinya memelihara puterinya seperti anaknya sendiri lengkap dengan pengasuh dan pakaian diraja. Semakin kasih baginda terhadap puterinya itu, makin hari makin besar dan rupa paras makin jelita.


Khabar berita mengenai Raja Muhammad mendapat Bayi di dalam rebung betung mendapat perhatian kekandanya, Raja Ahmad. Maka baginda dan isterinya berangkatlah pergi untuk melihat Bayi yang diperolehi oleh adindanya itu. Setelah seharian berjalan berangkat tiba juga baginda di rumah adindanya itu. Kedatangan baginda berdua disambut dengan hormat oleh adindanya Raja Muhammad serta isteri. Maka berbual-buallah baginda dua beradik perihal semasa sambil menjamu sirih yang dipersembahkan kepada kekandanya.

Setelah itu Raja Ahmad berkata. “Hai, adinda Raja Muhammad, manakah anak tuan itu, kekanda hendak melihat.” Maka kata Raja Muhammad, “ Hai inang pengasuh, bawalah anakku itu ke mari.”

Maka segeralah mak inang membawa Puteri Betung mengadap ke hadapan baginda berdua. Raja Ahmad dan isteri begitu gembira melihat rupa paras kanak-kanak itu yang cantik jelita. Setelah puas melihat dan bercerita, Raja Ahmad dan isterinya bermohon pulang ke istana baginda. Setelah sekian lama memerintah negeri, Raja Ahmad berkenan membuat sebuah lagi negeri di balik rimba tempat adindanya menjumpai Puteri Betung yang memerlukan masa seharian berjalan untuk sampai di sana. Setelah sudah negeri itu diusahakan oleh sekalian rakyat dengan kota paritnya serta dengan istana balairungnya, maka baginda pun membuat keraian menjamu hulubalang, segala menteri dan rakyat dengan makan-makan dan minuman.

Kemudian baginda dan beberapa pengikutnya pergi berburu ke dalam rimba belantara tetapi tiada seekor buruan yang baginda perolehi. Setelah penat berjalan, baginda menemui sebuah surau di tengah rimba itu. Ada seorang tua dalam surau itu. Raja Ahmad pun memberi salam kepada orang tua itu, maka segera disahutnya salam Raja Ahmad itu. Baginda pun bercerita pada orang tua itu akan perihal adindanya yang menemui kanak-kanak perempuan di dalam rebung betung.



Maka orang tua itu berkata, “Hai, anakku, jikalau tuan hendak akan anak, baiklah aku tunjukkan dia akan tuan. Tunggu tuan di sini sesaat dua.” Maka baginda pun menanti dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba dating seekor gajah yang terlalu besar dan ada seoran kanak-kanak duduk di atas kepala gajah itu. Kanak-kanak itu dimandikan di dalam sungai dan setelah dimandikan dalam sungai dihantar pula ke tebing sungai itu. Lalu gajah itu pula mandi dengan sendiri di dalam sungai itu. Setelah sudah dia mandi, kanak-kanak kembali duduk atas kepala gajah tadi dan berjalan pulang ke dalam rimba. Demikianlah kejadian yang dilihat oleh Raja Ahmad.

Maka orang tua itu pun berkata, “Hai orang muda hendaklah engkau muslihatkan dengan sedaya-upaya akan kanak-kanak itu, supaya engkau peroleh akan dia.” Maka ujar Raja Ahmad, “Hamba hendak mohon kepada tuan kembali dahulu ke negeri hamba, mana jalan keluar?” orang tua itu pun menunjukkan jalan keluar pada baginda.

Raja Ahmad meneruskan perjalanan pulang ke istana dan setiba di istana isterinya menyambut kepulangan baginda dengan senyuman mesra. Raja Ahmad pun mula bercerita akan perihal kejadian yang menimpa baginda pada isterinya di rimba belantara. Isteri baginda mendengar akan cerita suaminya itu dengan khusyuknya. Maka isterinya pun berkata, “Hai kekanda, muslihat apa yang kanda ada untuk mendapatkan kanak-kanak itu?”. Raja Ahmad pun menghimpunkan segala askar-askar dan menteri-menterinya ke istana. Maka bermesyuaratlah baginda dengan mereka akan muslihat untuk mendapatkan kanak-kanak itu.

Pada hari yang baik, baginda dengan segala hulubalang-hulubalang pergi ke rimba pada tempat gajah memandikan kanak-kanak itu. Setiba di sana surau dan orang tua itu tidak kelihatan lagi ghaib entah ke mana. Maka pada esok harinya kerja-kerja untuk memasang muslihat giat dilaksanakan. Tanah-tanah dikorek menjadi tempat persembunyian untuk mendapatkan kanak-kanak itu. Esok hari tiba la waktunya hari Jumaat. Keluarlah gajah itu dari dalam rimba membawa kanak-kanak itu untuk memandikannya. Setelah itu kanak-kanak itu diletakkan di tepi sungai dan gajah itu pergi ke dalam sungai untuk mandi pulak.


Raja Ahmad pun segera mengambil kanak-kanak itu lalu dibawanya dengan segera dari sungai itu. Apabila melihat kanak-kanak itu diambil orang, gajah itu mengejar Raja Ahmad. Hulubalang raja cuba menyekat gajah dengan memanah dan melontar batu-batu pada gajah itu dan akhirnya berpalinglah gajah itu terus masuk ke dalam rimba.

Raja Ahmad dan hulubalangnya kembali ke istana dengan kanak-kanak itu. Sampai di istana isteri baginda menunggu di pintu istana dengan rasa gembira. Dilihatnya kanak-kanak itu dengan segera daripada suaminya, rasa senang dan gembira terukir di wajahnya melihat rupa paras kanak-kanak itu yang baik amat. Kanak-kanak itu pun dinamakan Sang Merah Gajah dan masyurlah di dalam negeri itu Raja Ahmad beroleh anak dan khabar gembira itu didengar oleh adindanya Raja Muhammad. Maka Raja Muhammad dan isterinya berangkat menuju istana kekandanya untuk melihat kanak-kanak itu.


Setiba di istana kekandanya, Raja Ahmad terus menemukan adindanya dengan Merah Gajah. Sungguh gembira dan sukanya adindanya dan isteri melihat rupa paras kanak-kanak itu. Raja Ahmad pun menceritakan hal itu kepada adindanya dengan panjang lebar dan segala perihal yang berlaku dari mula hingga akhirnya. Maka Raja Muhammad memohon menyembah kakandanya untuk berangkat pulang ke negerinya.


Tahun bersilih ganti Sang Merah Gajah dan Puteri Betung membesar dengan rupa paras yang kacak dan jelita. Berkahwinlah mereka berdua dan hidup bahagis keakhirnya.

Persoalanya Dari Milik Siapakah kedua2 Anak ini? Siapakah Ibu Bapa mereka yang sebenar? Adakah Mereka antara Manusia Hybrid Djin atau MetaHuman yang berada secara diam dipelusuk2 bumi ini?

DAN LEBIH MENARIK...SIAPAKAH KETURUNAN MEREKA HARI INI...

Wallahualam....