Wednesday, 5 October 2016

Haikal Sulaiman


MISTERI HAIKAL SULAIMAN



Haikal Sulaiman yang didakwa orang-orang Yahudi merupakan salah satu Kompleks besar sebahagian dari  Istana Utopia serba Canggih  mendahului Zaman milik Raja Sulaiman dikatakan terpendam dan tertimbun disekitar kawasan Masjid al-Aqsa sekarang 

Haikal Sulaiman ialah tempat ibadah yang dibina oleh Nabi Sulaiman AS termasuk tempat penyembelihan korban. Didalam Haikal ini terdapat Objek2 Suci dan Tabut yang didirikan diatas kota Ursyalim di atas Bukit Muria,  yang mana Nabi Daud as mendirikan tempat baginda beribadah sebelumnya.
Sesungguhnya Bani Israel hidup berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain akibat Peperangan dan mereka tidak memiliki wilayah yang tetap, sehinggalah sampai era Nabi Daud as.
Oleh kerana itu, mereka tidak memiliki rumah ibadah untuk melaksanakan ibadah kepada Tuhan. Mereka mengusung Tabut yang mengandungi Perintah Allah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Ketika Nabi Sulaiman as memerintah Bani Israel, baginda berjaya meredakan peperangan. Zaman baginda dapat dipandang sebagai masa keemasan Bani Israel; harta berlimpah, keadaan aman, pemerintahan kerajaan mantap. Dengan situasi yang kondusif seperti itu, Nabi Sulaiman pun dapat mendirikan Haikal iaitu tempat Ibadah Khas buat Bani Israel untuk beribadah dengan Sempurna...
Malah Haikal itu dibina dengan serba Cantik dan digambarkan dengan sangat indah tiada yang sepertinya di kawasan lain didunia...
Dikatakan Haikal itu dibina dengan Ilmu dari Kaum Djinn Ifrit yang sangat terkenal dengan kehalusan Arkitektur nya....
 
Tabut adalah peti yang dibuat untuk Bani Israel, di dalamnya terdapat tongkat Nabi Harun AS, dua kepingan batu yang bertuliskan ayat-ayat Taurat tentang Rahsia Alam yang turut melibatkan Alam Syurga dan Neraka serta penghuni asalnya...serta, naskhah kitab Taurat yang diyakini ditulis tangan oleh Nabi Musa as, dan sebuah bekas makanan yang di dalamnya ada 'Al-Mann', iaitu makanan dan minuman yang sama sekali tidak melibatkan campur tangan manusia.
Al-Mann ialah sejenis manisan yang dihasilkan oleh pepohon yang mendapat siraman hujan sehingga terbentuk seperti sarang burung, ­lebih kurang seperti sarang burung layang-­layang.
Sebahagian ulama tafsir mengatakan bahawa al-Mann itu adalah sarang sejenis. Sedangkan 'salwa' adalah sejenis burung yang gemuk penuh daging.
Allah berfirman dalam al-Quran,
“Dan Kami menaungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan untuk kamu mann dan salwa” (al-Baqarah 2: 57)
Mann dan salwa diturunkan Allah kepada Bani Israel.
Nabi Sulaiman as memulakan pembinaan Haikal pada tahun ke-4 pemerintahan baginda dengan 180,000 pekerja terdiri dari Manusia dan Djin dimana Batu-batuannya didatangkan dari Yaman serta Utara Afrika dan kayu dari Lebanon serta Turki.
Tiang-tiangnya berlapis emas, sementara dindingnya dihiasi dengan batu permata dan marmar.Manakala Lantainya dapat dilihat Air Jernih Mengalir Pembinaan Haikal makan masa selama lapan tahun.
Haikal Sulaiman mengalami tiga kali penghancuran dan perunahan, yang semuanya terjadi Sebelum Masehi. Penghancuran pertama dilakukan oleh Raja Nebukadnezar ketika berjaya menguasai Jerusalem.
Setelah Raja Heredos membinanya kembali untuk menarik simpati orang-orang Yahudi, Haikal Sulaiman kembali dihancurkan oleh Raja Anthiokhos yang menyerang Jerusalem. Ke­mudian Herodos kembali merebut kekuasaan dengan bantuan orang-­orang Rom, dia pun kembali membina Haikal untuk kali ketiga.


Tetapi tidak lama kemudian, kekuasaannya berakhir di tangan panglima perang Rom, Adrianus yang juga menghancurkan Jerusalem dan membersihkannya dari orang­-orang Yahudi dengan melakukan pembunuhan dan pengusiran. Demikian kehancuran bangunan Haikal Sulaiman ini.
Setelah agama Nasrani (Kristian) tersebar di Palestin, orang-orang Nasrani pun menghancurkan terus Haikal Sulaiman semasa pemerintahan Roman Konstantin, untuk menghapuskan Pengaruh dan Ajaran Ibadat tinggalan Nabi Daud dan Sulaiaman sehingga tidak berbekas sama sekali untuk menyebarkan dakwah baru mereka (kecuali bahagian pagar yang sebahagian besarnya) yang merupakan dinding tambatan Buraq atau disebut oleh orang Yahudi hari ini sebagai Tembok Ratapan yang sukar dirobohkan atas sebab yang tidak dapat dijelaskan....
Bahagian-bahagian yang hilang tidak berbekas itu masih dicari-cari oleh orang Yahudi. Motivasi mereka untuk menemui kembali tapak Haikal ialah menghancurkan Masjid al-Aqsa yang dikatakan milik Umat Islam (Sedangkan Al-Aqsa adalah sebahagian dari Kompleks Haikal dan Ini bermakna Nabi Sulaiman dan Ayahnya terus dari leluhur Nabi terdahulu beribadah cara Islam) dan membina kembali Haikal Sulaiman.Namun begitu, atas sebab2 misteri, kaum Yahudi Israel masih gagal merobohkan Al-Aqsa walaupun ia dibawah Wilayah yang dikuasai mereka...
Rekabentuk Yang DIkatakan Haikal Sulaiaman

Sesungguhnya tidak seorang pun yang menyangkal bahawa Nabi Sulaiman as telah membina tempat suci untuk beribadah kepada Allah; tidak dinafikan bahawa bangunan tersebut pun menjadi salah satu rumah Allah. Oleh kerana itu, Allah menyebutnya dalam al-Quran sebagai al-Masjid al-Aqsa sebagaimana yang terdapat di awal surah al-Isra.

Orang-orang Yahudi pada hari ini berusaha keras untuk membuktikan bahawa Haikal Sulaiman sebagaimana yang dibina oleh Nabi Sulaiman berada tepat dan terkubur pada lokasi Masjid al-Aqsa hari ini dengan luas yang sama.
Gambaran Haikal Sulaiman didalam Kitab2 lama di Turki 
Gambar rekaan bangunan Haikal Sulaiman seperti yang disiarkan oleh orang-orang Yahudi kepada dunia sebenarnya tidak memiliki sumber yang jelas. Selain itu, reka bentuk dan perhiasan bangunan yang ditampilkan menjadi pertanyaan di kalangan arkeologi; kerana jelas-jelas bercorak Rom, jauh berbeza dengan bentuk bangunan yang dikenali pada zaman Nabi Sulaiman.
Dari sisi lain, perkataan Haikal berasal dari bahasa Sumeria 'aikal', kemudian di'arab'kan menjadi Haikal yang bermaksud bangunan besar. Kemudian lebih umum digunakan sebagai bangunan besar untuk beribadah. Kerana itu, rumah ibadah yang dibina oleh Nabi Sulaiman disebut 'Aikal'.
Kita umat Islam beriman bahawa Nabi Sulaiman bin Daud as yang mendirikan Masjid al-Aqsa. Orang Yahudi menyebutnya 'Haikal', dan kita menyebutnya 'Masjid'.
Imam Ahmad dalam Musnad-nya dan Ibnu Majah dalam Sunan-nya meriwayatkan dengan sanad yang sahih dari Amru bin al-‘Ash bahawa Rasulullah saw ­bersabda,
“Tatkala Sulaiman bin Daud selesai membina Baitul-Maqdis, dia berdoa kepada Allah meminta tiga perkara: Hukum yang sesuai dengan hukum-­Nya; kekuasaan yang tidak dimiliki oleh seorang pun setelah dia; dan tidak seorang pun yang mendatangi masjid ini semata-mata untuk solat, melainkan dihapuskan dosa-dosanya sebagaimana dia dilahirkan oleh ibunya. Rasulullah berkata, ‘Adapun yang dua, sesungguhnya Allah telah mengabulkannya, aku berharap baginda juga diberi yang ketiga'.”
Masjid al-Aqsa yang ada sekarang dibina di atas runtuhan Masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman as, yang disebut Haikal oleh orang Yahudi. Tetapi sumber-sumber Yahudi sendiri saling bertentangan dalam menjelaskan keluasan dan spesifikasi atau perincian Haikal.
Dalam kitab Hezkel (42 : 15, 19) dijelaskan bahawa panjang setiap pagar luar ialah 500 qasbah sehingga luas keseluruhannya ialah 2.5 km persegi. Padahal pada ketika itu, luas Masjid al-Aqsa tidak lebih dari satu kilometer persegi. Inilah diantara bukti ketidakbenaran tuduhan orang‑orang Yahudi.
Pertentangan serupa juga terdapat antara perjanjian lama dan sumber-sumber Yahudi; keterangan yang terdapat dalam Safar Raja-Raja Pertama (6:3) berbeza dengan yang disebutkan dalam Berita Hari-Hari Kedua (3:3).
Selain membuktikan penipuan dakwaan Haikal Sulaiman versi Yahudi, pertentangan itu juga membuktikan bahawa kitab-kitab tersebut bukanlah kitab suci yang murni dari Allah; mustahil percanggahan seperti ini dilakukan oleh Allah SWT.
Sesungguhnya dalih orang-orang Yahudi dalam melakukan penggalian di bawah masjid al-Aqsa dalam rangka mencari dan meneliti tapak peninggalan Nabi Sulaiman adalah penipuan belaka, kerana Masjid al-Aqsa berada di daratan tinggi yang terdiri atas batu-batuan, bukan tanah atau padang pasir. Dengan demikian mustahil dibawahnya tertimbun tapak peninggalan Nabi Sulaiman.
Gambar Haikal yang disiarkan oleh Yahudi sendiri pun menggambarkan posisinya berada di dataran tinggi dikelilingi oleh pagar pada keempat sisinya seperti Masjid yang ada sekarang. Oleh kerana itu, dapat disimpulkan bahawa tujuan sebenarnya dari penggalian yang mereka lakukan di bawah Masjid al-Aqsa adalah untuk membuatkan tanah tapak Masjid menjadi tidak stabil supaya runtuh.
Jika Masjid telah runtuh, maka Masjid tersebut akan tinggal puing-puing dan sisa-sisanya, sehingga status kita umat Islam sama dengan mereka, sama-sama tidak memiliki bangunan dan hanya tinggal tapak bersejarah. Kemudian masing-masing, baik kaum Muslim mahupun Yahudi sama-sama mengajukan hak untuk membina kembali tempat suci di sana.
Selain itu, penggalian ini juga dalam rangka usaha menemukan kembali tulang-belulang Yasu’ dan harta peninggalan Nabi Sulaiman yang mereka yakini terpendam di sekitar lokasi ini.
Patut diketahui bahawa Quds, berdasarkan piagam antarabangsa tidak dianggap sebagai kota Arab mahupun Yahudi, tetapi di bawah kuasa 'Amnesty International' (AI), kerana kewujudannya sebagai warisan peradaban dunia.
Berdasarkan resolusi tahun 1947, yang bermaksud bahawa masyarakat antarabangsalah yang berhak menentukan bangunan apa yang harus dibina kembali jika Masjid al-Aqsa betul-betul runtuh. Jika itu terjadi, kita dapat menjangka ke arah mana pilihan “masyarakat antarabangsa” tersebut di arahkan.
Oleh sebab itu, umat Islam harus berwaspada dengan tipu daya Yahudi, wajib kita menyatukan suara menghalang tindak-tanduk orang-orang Yahudi yang membabi buta terhadap tanah dan Masjid yang diberkahi Allah. Sesungguhnya perkara ini merupakan amanah di bahu kita.
Apabila kita tidak lagi menjumpai Masjid al-Aqsa di tempatnya, lalu kita pun menyesal, tetapi penyesalan di waktu itu tidak lagi berguna....
Wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment