Thursday, 17 November 2016

MISTERI BANGSAWAN KELAHIRAN BUIH


SIAPAKAH MEREKA?

Apabila kita membaca kisah-kisah sejarah purba di Nusantara mahupun dimana-mana pelusuk dunia suatu ketika dahulu dulu...banyak tercatat kisah tentang para Sultan dan Raja yang menjumpai dan mengambil Anak Angkat yg muncul dari BUIH BUIH.....
Dikatakan Bayi-Bayi Misteri ini muncul dari Buih buihan dari "Lautan Pekat".....

Persoalannya...
Apakah Sebenarnya Buih Itu??
SIAPA SEBENARNYA MEREKA INI....

Antara Individu-Individu Misteri yang pernah dicatatkan "dilahirkan" atau muncul dari Buih sebelum diambil kedalam keluarga Para bangsawan -


PUTERI MANI KEMENYAN

Salah seorang anak Angkat Raja Bersiong(Raja Ong Maha Perita Deria) selain Putera Buluh Betong. Dikatakan ketika berdiri ditepi sungai,baginda melihat gumpalan Buih Buih muncul dari mulut seekor "haiwan" dari dasar ke permukaan dan muncul seorang bayi perempuan lalu baginda mengambilnya sebagai anak angkat dan atas nasihat para pembesar, bayi itu haruslah diambil sebagai anak angkat dan dipasangkan dengan Putera Buluh Betong yang turut ditemui baginda secara mistik didalam hutan. Namun selepas kedua-dua anak angkat baginda mula membesar menjadi kanak-kanak, perilaku baginda bertukar menjadi aneh dan dahagakan darah, dan mula bersifat kejam menjadikan rakyat sebagai korban sebelum rakyat dan para tentera bangkit menentang dan mengusir baginda.

Raja Ong Maha Perita Deria digelar Raja Bersiong diatas peristiwa itu sebelum melarikan diri jauh ke Kelantan bersama dua anak angkatnya. Ketika meningkat remaja, Putera Buluh Betong digelar Raja Sakti dan dijodohkan dengan Puteri Mani Kemenyan  dan kerana "Kesaktian" yang dimiiki kedua pasangan ini, mereka diangkat sebagai Pemerintah dibeberapa daerah di Kelantan Purba dan melahirkan cucu cicit hingga generasi hari ini



PUTERI LELA MENCHANAI
Puteri Lela Menchanai adalah satu nama yang tidak asing bagi masyarakat di Brunei Darussalam malah ianya juga salah satu daripada ikon legenda di dalam masyarakat Kedayan.
Puteri Lela Menchanai dikatakan nenek moyang kepada masyarakat Kedayan sekarang yang mana mengikut teori kedua masyarakat Kedayan sekarang merupakan berasal daripada pengikut kepada Puteri Lela Menchanai yang bersama-sama di dalam rombongan perkahwinan Puteri Lela Menchanai, seorang puteri daripada tanah seberang yang berkahwin dengan baginda Sultan Bolkiah, sultan bagi Negara Brunei Darussalam suatu waktu dahulu. 

Juga diberi gelaran Puteri Buih – Asalnya Puteri Dari Buih Di Sungai.

Diriwayatkan suatu waktu dahulu terdapat sebuah Kerajaan lama bernama Amuntai yang terletak di Kalimantan Selatan. Alkisahnya Kerajaan Amuntai ini diperintah oleh dua orang raja bersaudara. Raja yang sulung bernama Patmaraga atau lebih dikenali dengan julukan Raja Tua. Manakala adiknya pula bernama Sukmaraga dengan julukan Raja Muda. Dikatakan walaupun kedua-dua raja ini telah mendirikan rumahtangga namun kedua-dua raja ini tidak dikurniakan dengan sebarang cahayamata bagi mewariskan kerajaan mereka. Dek kerana mengenangkan tiadanya waris maka kedua-dua raja ini telah mengambil kata sepakat untuk mendapatkan anak walau dengan apa cara sekalipun maka Raja Tua telah memerintahkan agar adindanya Raja Muda untuk mengusahakan apa yang perlu kerana ternyata Raja Muda lebih gagah dan lebih muda faktor usianya berbanding dengan Raja Tua. Dengan penuh tawakal, Raja Muda berserta dengan permaisurinya telah berusaha berjumpa dengan mereka yang pakar bagi mendapatkan zuriat dan pada suatu malam Raja Muda telah bermimpi didatangi oleh seseorang yang menyuruh baginda untuk pergi bertapa di sebuah pulau berdekatan dengan kota Banjarmasin.

Setelah terbangun daripada lenanya, Raja Muda pun menceritakan kisah mimpinya kepada permaisurinya dan tanpa ada berasa sangkal pada dirinya, permaisuri telah meminta Raja Muda untuk pergi ke lokasi yang diceritakan. Maka berangkatlah Raja Muda ke pulau yang dinyatakan untuk bertapa. Setelah sampai baginda pun mulalah bertapa seperti yang diajar di dalam mimpi baginda. Di dalam pertapaan inilah, Raja Muda telah mendapat firasat iaitu jika hendak mendapatkan zuriat maka hendaklah permaisurinya memakan bunga Kastuba. 

Maka Raja Muda pun mencari bunga kastuba yang tumbuh meliar di kawasan pertapaannya dan diberikannya kepada permaisurinya untuk makan. Kemudian pulanglah mereka ke istana di Kerajaan Amuntai bagi menanti berita baik yang akan tiba pada bila-bila masa. Setelah beberapa bulan berlalu, ternyata permaisuri Raja Muda telah hamil dan akhirnya setelah mengandung 9 bulan maka lahirlah putera kembar yang sangat elok rupa parasnya. Berbanggalah Raja Muda kerana ternyata Kerajaan Amuntai sekarang sudah mempunyai waris.

Berlainan kisahnya dengan Raja Tua yang mendengar perkhabaran gembira daripada Raja Muda juga mempunyai keinginan untuk mempunyai cahayamata sendiri. Maka Raja Tua dan permaisurinya pun berdoa dengan para dewa agar dikurniakan cahayamata juga. Pada malamnya, Raja Tua pula didatangi oleh seseorang di dalam mimpinya yang menyuruh baginda untuk bertapa di sebuah lokasi bernama Candi Agung yang terletak di luar kota Amuntai. Raja Tua dan permaisurinya pun tanpa berlengah-lengah telah mengikuti arahan yang diberikan. Walau bagaimanapun di sepanjang pertapaan tersebut, Raja Tua tidak menerima apa-apa firasat dan setelah tempoh pertapaan selesai baginda dan permaisurinya pun berangkat pulang ke istana dengan penuh sebak di dada. 

Di dalam perjalanan pulang ini, permaisuri merasa dahaga lalu mereka pun mengambil keputusan untuk berehat di sebatang sungai yang agak jernih. Ketika permaisuri mencedok air bagi menghilangkan dahaganya alangkah terkejutnya permaisuri secara tiba-tiba berbuih-buihlah di tengah sungai tersebut dan dengan tidak semena-mena timbullah seorang bayi perempuan yang terapung-apung dan mula menghampiri permaisuri. Rupa paras bayi perempuan tersebut terlalu indah dengan putih berseri-seri. Raja Tua dengan permaisuri percaya bahawa inilah zuriat yang diberikan kepada baginda lalu mengambil keputusan untuk mengangkat bayi perempuan tersebut sebagai puterinya. Dek kerana keindahan rupa paras bayi tersebut serta daripada mana asalnya maka bayi perempuan inipun diberikan nama Puteri Junjungan Buih.

Setiba di istana Kerajaan Amuntai, Raja Tua telah memerintah menteri istana iaitu Datuk Pujung untuk membuat persiapan bagi Puteri Junjung Buih. Ketika diberikan kepada Datuk Pujung inilah tiba-tiba Puteri Junjung Buih yang masih bayi ini telah pandai berkata-kata iaitu beliau berkeinginan untuk diselimutkan dengan selembar kain tenunan yang harus dibuat dalam waktu ½ hari jika tidak kesaktiannya tidak akan berkesan. Mendengar atas perkara tersebut, Raja Tua pun bertitah untuk memanggil siapa juga wanita yang ahli di dalam membuat tenunan kain.

Pada masa itu, Puteri Junjung Buih hanya di dalam dakapan permaisuri Raja Tua tidak diletakkan di atas katil. Setelah mengadapnya 40 wanita Kerajaan Amuntai yang ahli menenun maka bertitahlah Raja Tua iaitu barangsiapa yang mampu menenun selembar kain seperti yang dimahukan oleh Puteri Junjung Buih di dalam masa ½ hari maka wanita itulah yang akan diangkat menjadi pengasuh utama Puteri Junjung Buih dan dikurniakan dengan segala hadiah daripada Raja Tua. Ternyata hanya seorang sahaja wanita yang mampu melangsaikan selembar kain tenunan di dalam waktu yang dibenarkan iaitu seorang wanita bernama Ratu Kuripan. Tenunan yang dihasilkan pun bukannya calang-calang kerana tenunan yang dihasilkan amat indah sekali. Akhirnya Puteri Junjung Buih diselimutkan dengan selembar tenunan itu dan diserahkan kepada Ratu Kuripan untuk dijaga dengan seelok-eloknya di dalam istana Kerajaan Amuntai.

Apabila meningkat dewasa, Raja Tua dan Raja Muda ingin menyerahkan kekuasaan Kerajaan Amuntai kepada zuriat-zuriat mereka maka berpakatlah mereka untuk menyatukan putera sulung Raja Muda dengan Puteri Junjung Buih. Namun begitu mengikut ceritanya putera kembar yang bongsu Raja Muda juga menaruh hati kepada Puteri Junjung Buih. Akibat tidak berpuashati kedua-dua putera kembar ini bertelagah di antara satu sama lain sehingga membenarkan Puteri Junjung Buih mengkhabarkan kepada ayahandanya Raja Tua bahawa jodohnya tidak boleh golongan bangsawan yang senegara dengannya kerana jika dilakukan kemudian malapetaka akan berlaku kepada Kerajaan Amuntai kelak. Jodoh Puteri Junjung Buih hanya pada golongan bangsawan atau raja daripada sebuah negara yang sedang berkembang dengan gah di Pulau Borneo. Maka diceritakan akhirnya Raja Tua telah menjodohkan Puteri Junjung Buih dengan seorang raja daripada Pulau Borneo dan Puteri Junjung Buih sewaktu perkahwinannya telah dibekalkan dengan beberapa pengikut yang ahli di dalam serba serbi sebagai membantu Puteri apabila di bumi asing nanti.




PUTERI BASUHAN BULAN

Sejarah berdirinya negara Dipa diawali dengan adanya pelayaran yang dilakukan oleh Empu Jatmika. beliau adalah anak sebuah keluarga Kaya Raya dari Samudera.Kerana perebutan kuasa dari Ahli Keluarga,Ayahandanya Mangku Bumi mewasiatkan agar Empu Jatmika anaknya pergi keluar negeri dan mencari sebuah negeri yang bertanah panas dan berbau harum untuk diRajai selepas mendapat mimpi petunjuk dari Nabi Khidir yang merupakan rakan rapat kepada Baginda Mangkubumi.
Setelah ayahnya meninggal, Empu Jatmika memerintahkan kepada hulubalang Arya Magatsari dan Tumenggung Tatah Jiwa beserta Wiramartas yang merupakan orang yang menguasai banyak bahasa dan terkenal kehebatannya sebagai nahkoda untuk ikut dalam pelayarannya. Kapal yang digunakan adalah kapal Prabayaksa. Alkisah sampailah mereka pada daerah yang panas dan berbau harum yang bernama Pulau Hujung Tanah . Di situlah Empu Jatmika mendirikan kerajaan baru bernama Negara Dipateh yang artinya negeri seberang tanah. Empu Jatmika sendiri bergelar Maharaja di Candi. Dibangunlah Candi Agung. Sebuah Bangunan Maha Besar yang berkuncup tajam dipuncaknya
Empu Jatmika memiliki 2 orang anak dari hasil perkawinanya dengan Dewi Sekar Gading, yakni Empu Mandastana dan Lambung Mangkurat. Kerana masyarakat sekitar Candi percaya barangsiapa yang menjadi raja sedangkan dia bukanlah dari golongan raja, maka akan mendatangkan merabahaya. Maka Empu Jatmika yang bukan keturunan raja, melainkan hanya seorang saudagar yang kaya raya menyadari harus mencari raja yang sebenarnya. Oleh sebab itu, sebelum dia mangkat, dia memerintahkan kepada kedua orang putranya untuk mencari raja sesungguhnya dengan jalan cara bertapa. Empu Mandastana diperintahkan agar bertapa di gunung, di dalam gua atau di pohon besar, sedangkan Lambung Mangkurat bertapa di pusar air di atas rakit batang pisang di daerah Ulu Banyu.Perintah dijalankan setelah Empu Jatmika wafat. 
Pada ketika yang sama,Isteri Nabi Khidir dari Negara Gemilang Kaca nun jauh dibawah dasar laut bernama Dewi Sari Jaya sedang hamil.Nabi Khidir berpesan bahawa jika bayi itu lahir berbeza dari manusia ciptaan Tuhan Yang satu maka hendaklah dihantar ke permukaan dunia.Akhirnya bayi yang dilahirkan Dewi Sari Jaya adalah Bayi perempuan yang tidak mempunya sepasang kaki seperti manusia biasa.Akhirnya ditemukan takdir, diarahkan Panglima Batara Gangga membawa bayi itu didalam Buih Besar ke kepermukaan dunia dan terlihat Lambug Mangkurat sedang bertapa.Batara Gangga memerintah seekor ekor Naga mengusung bayi itu kepada Lambung Mangkurat
Lambung Mangkurat yang bertapa selama 40 hari 40 malam di daerah Ulu Banyu dan pada malam terakhir pertapaannya, terdengarlah suara aneh dari dalam air dan keluarlah seekor naga memuntahkan Bayi Perempuan yang berada dalam Gumpalan Buih dan memberi syarat agar Lambung Mangkurat menyediakan 40 jenis santapan dan makanan beserta iring-iringan dayang yang berpakaian serba kuning. Selain itu Junjung Buih meminta untuk dibuatkan Mahligai yang dikenal dengan nama mahligai Puteri Junjung Buih yang tiang-tiangnya terbuat dari Tiang bertarah, serta kain pamintan yang asal katanya adalah kain parmintaan (sasirangan) yang dibuatkan oleh 40 dara. Setelah permintaan Junjung Buih dikabulkan, maka buih tersebut membesar dan bercahaya dibawah sinaran Bulan terang. Dari sana keluar seorang puteri cantik jelita diberi gelaran Puteri Bulan, Raja Negara Dipa.
Lambung Mangkurat menjadi Mangkubumi Kerajaan Dipa merasa berkewajiban mencarikan suami yang pantas untuk Puteri Junjung Buih yang terkenal sakti. Maka bermimpilah Lambung Mangkurat. Dalam mimpinya dia bermimpi ayahnya, Empu Jatmika memberi petunjuk agar mencarikan calon suami raja di seberang lautan, yakni Kerajaan Majapahit. Maka diutuslah seorang pengawal ke Majapahit. Sesampainya di sana, Maha Patih Majapahit mengatakan dia memiliki anak tapi mempunyai kecacatan fisikalnya. Orang-orang menyebutnya Raja Bulat Bualing. Namun, demi menjalankan perintah, Raja Bulat Bualing tetap dibawa ke Negara Dipa.
Sesampainya di Muara Banjar, Puteri Junjung mendapat kabar bahwa calon suaminya hampir tiba di kerajaannya. Kerana sang Puteri menginginkan calon suami yang sakti yang tidak kalah saktinya dengan dirinya, maka Puteri Junjung Buih mengutus Naga untuk menghalau air agar kapal rombongan Raja Bulat Bulaling kandas. Dalam kebingungan para pengawal istana, maka Raja Bulai Bulaling memerintahkan agar melemparkan dirinya ke dalam air agar dirinya dapat membunuh naga. Pengawalpun menuruti perintahnya. Selama berhari-hari Raja Bulat Bulaling di dalam air. Konon waktu itu turun para pari pari dari langit yang berdoa atas keselamatan Raja Bulat Bulaling.
Akhirnya di dalam air muncul seorang laki-laki yang gagah perkasa. Dia adalah Raja Bulat Bulaling yang telah berubah wujudnya. Dia dikenal dengan nama Suryanata (Raja Matahari). Puteri Junjung Buih mengakui kesaktian Suryanata dan bersedia menjadi isteri.

KELAHIRAN SEMULA

Ribuan tahun kemudian DiNegeri Perak seorang Laksamana dan isteri telah lama mengidamkan seorang anak....Maka beliau telah berdoa kepada tuhan dengan mengatakan beliau akan menerima sahaja apa yang bakal dikurniakan hatta anak tersebut cacat atau kelihatan seperti haiwan...

Ditakdirkan muncul susuk bayi dalam Gumpalan Buih dalam hanyutan bersama-sama Tiang Cantik Bertarah berserta sisipan keris emas ketika  isteri laksamana mengambil wudhuk di laut tawar iaitu sekarang tempat taersebut bernama tiang bertarah.Pasangan Suami Isteri Laksamana begitu gembira mengambilnya sebagai anak angkat dan membesar sebagai gadis yang sangat jelita...dipendekkan cerita akhirnya beliau dipinang oleh Sultan Perak ketika itu...namun disebabkan Puteri buih ini disangka anak bunian kerana tidak diketahui asal usulnya maka Sultan Perak terpaksa berunding dan meminta nasihat dengan panglima hitam ( Penguasa Jin)....
Setelah perbincangan diadakan antara pihak Sultan dan Panglima Hitam maka 2 syarat telah ditetapkan untuk menghormati tempat datangnya Puteri Buih ini. 2 syarat tersebut ialah keturunan sultan tidak boleh minum air berpunca dari mukim Sungkai dan kedua tidak boleh memijak tanah di Sungkai tanpa beralaskan kain kuning sehingga hari ini....
Dikhabarkan Tiang Bertarah itu kini berada dalam simpanan Istana Perak..dan ada juga yang mengatakan ia telah dirampas Penjajah....

Wallahualam..

Terdapat lagi ratusan kisah Puteri-Puteri Buih dari serata dunia....
Persoalannya..SIAPAKAH MEREKA??
Wallahualam ~

3 comments: