Saturday 5 November 2016

MISTERI KOTA ANEH BERKILAUAN JOHOR PURBA

ASAL USUL JOHOR PURBA


Sebelum mendapat nama sebenar seperti sekarang, Johor telah di sebut-sebut dan terkenal di kalangan para pelayar dari Siam, Eropah, Timur Tengah dan Kerajaan sekitar Nusantara dengan berbagai nama lama sebelum  Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
Dalam buku Sejarah Melayu yang ditulis oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1612, Johor pada mulanya telah di kenali dengan sebutan dalam bahasa Jawa sebagai Ganggayu atau Gangga Ayu yg bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor.
Dalam bahasa Siam, Johor telah disebut sebagai “Ganggayu” dan orang-orang Jawa menyebut Johor sebagai “Galuh”. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud “Batu Permata”.

Kerajaan Ganggayu pernah dikalahkan oleh angkatan tentera Raja Suran. Ganggayu dikatakan sebuah negara besar, berkota batu hitam berkilau.

SejarahMelayu pertembungan antara Tentera Keling dan rakyat Siam. Tentera Keling merupakan tentera Raja Suran manakala rakyat Siam adalah tentera Raja Culan di Ganggayu.

Tentera Siam Ganggayu melawan tentera Keling Raja Suran seperti ditulis oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu menunjukkan bahawa aktifnya peranan Siam di negeri-negeri Semenanjung. Ahli sejarah menamakan Raja Suran sebagai Rajendra Chola 1 yang menyeberangi Selat Melaka menuju Gangga Negara, Beruas.

Sesudah itu beliau meneruskan ekspedisinya hingga ke Ganggayu (Gelang Kiu) pada tahun 1025. Raja Suran akhirnya mengahwini Puteri Onang Kio, Anak Raja Kota Ganggayu

Kota Ganggayu dikatakan sebagai "tempat itu sangat cantik dan peliknya" apabila pemerintah Pahang, Bendahara Seri Wak Raja Wan Ahmad melakukan lawatan dengan sambutan oleh Imam Perang Indera Gajah di Pulau Tawar (Hikayat Pahang) kerana persekitaran penuh dengan Kilauan Batu Permata yang dapat dilihat dari jarak jauh

Bendahara Wan Ahmad dikatakan tertarik dengan cerita legenda dikatakan terdapat seorang perempuan yang sangat cantik di Kota Ganggayu. Ini memperlihatkan bagaimana Kota Ganggayu dikenal dan pemerintah ketika itu begitu kagum terhadap legenda kota tersebut.

Ini dapat dihubungkan dengan peranan kawasan ini semenjak zaman purba hingga ke zaman "pelarian" Maharaja Dewa Sura (Gabenor Siam) dikejar angkatan Melaka pada abad ke 15. Ia menjadi laluan rentas ke Jeram Koi mungkin setelah dirasakan tidak mampu bertahan atau bersembunyi di Kota Ganggayu yang telah diketahui oleh angkatan Melaka.

Kemudian setelah Maharaja Dewa Sura ditangkap, Sultan Mansur Syah telah mengahwini Puteri Wanang Seri anak perempuan Maharaja Dewa Sura. Hasilnya melahirkan Raja Muhammad yang telah menikam hingga mati anak Tun Perak kerana tersepak bola raga terkena tanjak Raja Muhammad. Raja Muhammad ini dihantar ke Pahang menjadi raja Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah I (1470-1475).

Kota Ganggayu juga menjadi tempat perlindungan dan tempat "beramal" bagi para pahlawan zaman menentang perluasan kuasa Inggeris di Pahang seperti Dato' Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.

Tamadun persekitaran yang mungkin belum pernah ditimbulkan setakat ini ialah kewujudan "negara" Kangsa Indera. Kangsa Indera mungkin merupakan sebuah "negara" atau pusat tamadun yang terletak dalam mukim Pulau Tawar, Jerantut berjiran dengan Kota Ganggayu Antara kedua-dua "negara' Ganggayu dan Kangsa Indera mungkin bersifat gandingan persahabatan dalam menegakkan daulat masing-masing.

Kota Ganggayu dan Kangsa Indera juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kewujudan Tamadun di sekitar pesisiran Sungai Tembeling yang pernah diperkatakan oleh Chau Ju-Kua,  pengembara dan ahli sejarah China (1225) merujuk kepada negara Tan-ma-ling di Semenanjung Tanah Melayu.
Semasa Nusantara terkenal dengan perniagaan rempah ratus, para pedagang Arab juga telah datang untuk menjalankan perniagaan di sini. Dari masa kesemasa pengaruh bahasa Arab dan Islam menjadi semakin kuat dengan kedatangan para pedagang Arab ke sini.
Orang-orang Arab menyebut batu permata dengan panggilan “Jauhar”. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor lebih di kenali dan kekal sehingga sekarang.

Persoalannya, dimanakah Ghaibnya Batu2 Permata itu? Wallahualam....

6 comments:

  1. Satu kota kat pahang.. satu kota kat johor.. lain tu.

    ReplyDelete
  2. Satu kota kat pahang.. satu kota kat johor.. lain tu.

    ReplyDelete
  3. Pasal tersepak bola raga terkena tanjak sultan muhamad. Smpai kena bunuh... jahat betul diorg ni... raja zaman dulu mmg zalim la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zalim terjadi atas sbb diri sendiri. Bukan zMan.. bukan raja..

      Delete
  4. Pasal tersepak bola raga terkena tanjak sultan muhamad. Smpai kena bunuh... jahat betul diorg ni... raja zaman dulu mmg zalim la..

    ReplyDelete