KISAH MISTERI MAKHLUK SILUMAN
BERDASARKAN PENGALAMAN ANAK SEORANG PENEROKA DI BAHAU SEKITAR 1971
Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu berumur 15 tahun membesar di Bahau, pekan kecil di Negeri Sembilan pada tahun 1971.Selepas dropping out dari sekolah, Bang Noor ikut ayahnya berkerja dia kawasan pembalakan. Disebabkan kilang memproses balak terletak di dalam hutan, Bang Noor biasanya akan tinggal di rumah kotai (makeshift house) selama 4 hari seminggu.
Bang Noor cakap ternampak kelibat-kelibat lembaga berjalan dalam hutan waktu malam itu perkara biasa. Bila ditanya orang-orang disana, mereka biasanya akan cakap samada orang asli memburu atau adalah sapa-sapa yang cari port nak berak.
Memang logik pun orang-orang tu berak merata sebab mandur-mandur Cina suka letak bangkai-bangkai babi hutan yang diaorang buru dekat dengan jamban gali. Siapa selera nak berak dengan bau bangkai dan bau taik bermukim kat situ.
Tapi ada satu benda yang pembalak-pembalak kat situ takkan bagitahu Bang Noor..."Mat Sentol"
Ayah Bang Noor cakap Mat Sentol adalah gelaran yang di beri kepada tetamu tak diundang yang kadang-kala singgah di kawasan pembalakan tersebut. Bila Bang Noor tanya kenapa nama dia Mat Sentol, ayahnya tak pernah bagitau. Cuma Bang Noor di warning supaya tidak sama sekali bertegur sapa dengan orang yang tidak pernah dilihat atau tak dikenali sepanjang dia disitu.
Satu hari Bang Noor ikut ayahnya ke dalam hutan untuk menggantikan beberapa pembalak yang terpaksa di bawa ke pekan kerana cirit-birit. Sewaktu di atas bukit, Bang Noor terdengar sayup-sayup suara orang menyanyi.
Salah seorang dari mereka cakap...
"Dia datang dah..."
Dan semua orang senyap. Dari jauh Bang Noor nampak ada orang main basikal di jalan tanah merah. Bang Noor pandang ayah dan macam tau-tau je yang Bang Noor nak tanya, ayah dia hanya geleng kepala, maksudnya jangan tanya.
Bang Noor cakap untuk masuk ke kawasan pembalakan tu kalau naik 4x4 pun ambil 5-6 jam dari entrance. Makanya agak mustahil nak kata ada orang berekreasi main basikal kat logging route, lagipun mana ada kampong kat area situ.
Orang berbasikal tu macam main basikal petang-petang kat taman. Siap putar-putar kat jalan tanah merah dengan menyanyi tak henti-henti. Aku tanya, nyanyi lagu apa bang? Bang Noor cakap lagu "pakai baju kancing lah suasa..."
Tak lama lepas tu orang tu hilang dari pandangan dan semua orang meneruskan kerja masing-masing. Bang Noor yang masih terpinga-pinga di tambahkan lagi ke keliruannya apabila semua orang macam dah biasa dengan keadaan itu. Apa yang membuatkan Bang Noor tensen, takda siapa yang nak cerita kat dia.
Dalam perjalanan pulang Bang Noor bisik sikit kat ayahnya...
"Bah, bah siapa orang tadi tu?"
"Berapa kali dah cakap tak payah tau..ko tanya-tanya lagi aku sekeh kepala ko!"
Dah kena gertak macam tu, Bang Noor senyap je lah. Tiba-tiba ayah sambar baju Bang Noor dan didekatkan ke tubuhnya.
"Jangan tengok! Jangan tengok!" Bisik ayah Bang Noor keras.
Bang Noor mengikut langkah ayahnya dengan cepat menuju ke rumah kotai. Sempat dia mencuri lihat dari ekor mata...
Kelihatan ada seorang lelaki berpakaian smart siap dengan bowtie, straw hat dan pakai spek hitam tengah posing baik punya atas basikal jepun.
Mukanya Bang Noor cakap mirip macam pelakon Mat Sentol. Ini lah kot yang orang sini kata Mat Sentol tu. Siapa dia ni? Bekas pekerja kat sini ke? Apasal semua macam anggap dia tak wujud? Dari mana dia datang? Bermacam-macam soalan bermain di minda Bang Noor.
Masih jelas di ingatan bagaimana Mat Sentol ni greet semua orang pakai nama. Semua orang dia kenal termasuklah ayah Bang Noor. Tapi apa yang membuatkan ayah Bang Noor mempercepatkan langkahnya apabila Mat Sentol berkata...
"Kop sapa tu sebelah ko? Anak ke? Kenalkan lah kat aku, jangan sombong..Kop...OoooOoo Kop"
Bang Noor di campak ke dalam rumah kotai dan tanpa berkata apa-apa, ayahnya menutup pintu dan kunci dari luar.
Dari rekahan dinding plywood, Bang Noor mengintai keluar. Dia nampak semua orang sedang berkumpul dan macam berbincang dengan Mat Sentol.
Tak jelas butirannya tapi Bang Noor dapat dengar suara Mat Sentol cakap...
"Korang takda bawa makanan sedap-sedap ke? Aku lapar lah. Dah berapa hari aku tak makan"
Mandur berketurunan Cina yang Bang Noor dah lupa namanya kata "ada, ada nanti aku kasi kau makan. Kau jangan kacau orang kat sini mau kerja..."
Bangkai-bangkai babi hutan yang kat tepi jamban di lempar depan Mat Sentol. Bang Noor sampai sumpah cakap kat aku yang dia nampak Mat Sentol melahap bangkai-bangkai tu macam binatang buas.
Yang paling pelik tu, semua orang kat situ tengok je tanpa berbuat apa-apa. Memang hening habis lah.
Bila dah selesai, dengan berlumuran darah, Mat Sentol naik basikal dan meninggalkan kawasan rumah kotai tanpa berkata apa-apa. Semuanya kembali normal dan hari-hari mendatang ditempuhi macam biasa.
Bang Noor berkerja disitu sehingga berumur 17 tahun dan menurutnya Mat Sentol akan singgah di kawasan pembalakan setiap 3 bulan dan setiap kali dia datang, Bang Noor akan dikurung dalam rumah kotai.
Bang Noor berhijrah ke Seremban selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1975 dan 2 tahun kemudian ke KL kerana mendapat pekerjaan di LLN.
Bang Noor masih pulang ke Bahau beberapa kali setahun dan setiap kali dia melewati kawasan pembalakan yang sekarang ni dah ada development, dia pasti tertanya...
Siapa sebenarnya Makhluk yang digelar Mat Sentol tu??
Ni dammerung punya story blog kan.mana kredit to him ye
ReplyDeleteyer bener. tulisan forumer Dammerung dari forum Cari.
Deletehttps://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=939472&page=5#pid61295074